Friday, 16 August 2019

True Love


True Love...
Cinta sejati itu sukar untuk di temui. Seperti mencari sebutir mutiara di dasar lautan yang luas dan dalam. Bukan senang untuk kita temui kerana ia terlalu bernilai dan berharga dan tidak semua orang mampu memilikinya dengan mudah.
Cinta itu mampu menghidupkan hati yang mati
Cinta itu mampu menghadirkan keceriaan di wajah
Cinta itu mampu membahagiakan seseorang
Cinta itu adalah anugerah yang terindah
Cinta itu hadir bagaikan cahaya matahari yang menerangi bumi.
Di saat turunnya hujan.. ia menyuburkan kembali pokok yang tandus dengan daun-daun meskipun kehadiran musim luruh membuatkan daun-daun itu ditiup oleh angin tetapi hujan sentiasa ada untuk menghidupkan keceriaan pokok itu kembali.. sama seperti cinta sejati sentiasa ada untuk memberikan kebahagiaan walaupun pelbagai dugaan yang datang namun semua itu tidak mampu memusnahkan cinta dan kasih sayang ini kerana hatinya tulus dalam mencintai.
Hati mula terdetik, adakah ini cinta yang ku tunggu?
Di saat cinta itu hadir,ia memberi kekuatan untuk pertahankan hidup ini dengan cinta yang di sulami dengan ketulusan dan keikhlasan.
Tetapi di saat cinta itu pergi, hidup ini terasa kosong malah sebahagian dari jiwa ini turut pergi terbang bersama entah kemana.
Cinta yang hadir itu perlu di hargai,kerana setiap detik manisnya perhubungan itu merupakan detik kenangan yang terindah dan yang akan di rindui.
Sentiasa ada waktu yang akan menentukan segala jalan cerita kita.
Sentiasa ada hati yang akan menanti kehadiran cinta sejati.

No comments:

Post a Comment