Friday, 16 August 2019

Melupakan

Mungkin..
dia sudah menemui cinta hatinya
Mungkin..
dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya

Aku tidak pernah mencintai seseorang seperti aku mencintai dia, bila dekat denganya aku terasa sesuatu yang lain yang tidak pernah aku rasakan.

Tetapi itu dulu, sekarang aku perlu melupakanya dan teruskan kehidupanku seperti biasa tanpa dia.


Aku membiarkan dia pergi bukan kerana aku benci tetapi kerana aku terlalu mencintai dan menginginkan dia untuk bahagia bersama kekasih hatinya.


Hanya doa yang mampu aku titipkan walaupun aku tahu cinta yang telah pergi itu tak mungkin kembali lagi.

Terima kasih atas perhatian dan kebahagian yang telah kau berikan walaupun hanya seketika.

No comments:

Post a Comment