Saturday, 17 August 2019

Puisi Sangkar CInta

Kau mengoda aku dengan ayat-ayat manis mu.
Kau buat aku terbuai dengan mimpi-mimpi indah yang kau ciptakan. 

Kini aku terperangkap dalam sangkar yang kau bina. 
Sendirian meratap hati yang tidak sudi.
Kau taburi janji yang kau mungkiri. 

Sekali lagi kau buat aku terlena dengan bisikan merdu yang kau nyanyikan. Sekali lagi aku hanyut dalam cinta dustamu

Kau menghilang
Bagaikan ditelan bumi, aku menunggu  dan terus menunggu. 
Tapi.. Kau tidak kunjung tiba. 
Aku terpuruk dalam kenangan. 
Aku terperangkap dalam sangkar cintamu. 





Friday, 16 August 2019

Lepaskan


Semakin hati ini belajar untuk melepaskan, semakin rasa sakit dan takut akan kehilangan
tetapi ada satu hal yang kau harus tahu mencintai tidak semestinya memiliki
lakukan itu meski kau sendiri tidak sanggup hidup tanpa adanya dia.
Kau harus mengerti cinta itu butuh pengorbanan lakukan itu lepaskan dia untuk melihat dia bahagia dan untuk kau mendapatkan cinta yang lebih indah.
Terkadang melepaskan adalah pilihan yang terbaik agar hati tidak terluka terlalu dalam.
Pada akhirnya biarkan saja takdir yang menentukan jalan cerita kita. Cinta tidak akan selalu ada memberi kebahagian tetapi cinta akan selalu mengajar kita erti menghargai setiap waktu bersamanya. :)

Mungkin


Mungkin
melupakan kamu adalah pilihan untuk mengejar bahagia agar hati ini tidak lagi terikat dengan cinta yang tidak pernah padam. Kerana aku hidup dalam kenangan yang amat aku rindui.
Cinta yang semakin mekar di hati tidak pernah mati seiring dengan berjalanya waktu.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.  Namun hati ini tidak pernah berubah dan berhenti mencintai dia meskipun aku tahu hati kita tidak lagi saling berbalas.
Mungkin
aku perlukan dia untuk jadikan hari aku semakin indah dan bahagia.
Tetapi...
untuk apa harus ada dia jika akhirnya akan mengecewakan.
untuk apa harus ada dia jika akhirnya akan menyakitkan.
Pergi!! hanya itu pintaku,pergi!!
Biarkan aku jalani hidup ini kosong tanpa dia.
walaupun aku tahu tidak mungkin aku bisa lenyapkan perasaan ini.

Terbang Bebas


Terbang Bebas
Tiada yang memahami peritnya hati dan jiwa ini
menyebut namanya dalam mimpi tidurku
bayangan yang muncul membuat hatiku tersentak akan kehadirannya.
Hari demi hari, mimpi itu muncul di benak fikiranku seolah ia memanggilku tuk mengingat kembali dan tidak mahu melepaskan hati ini untuk pergi. Aku dibelenggu dengan rasa cinta ini.
Aku terperangkap dalam cinta yang akan membunuhku. Dia mengambil cinta itu lalu meninggalkan duka. Dia meracuni cinta ini hingga menjadi benci.
Ketika waktu berlalu, wajah itu ku tatap dan ku semai dalam hati. Semudah itu dia pergi meninggalkan aku dan tenggelam aku dalam sepi bagaikan orang hilang arah.
Haruskah aku kehilangan untuk sekian kalinya?
Haruskah aku melangkah pergi, dan tinggalkan segala kenangan yang lalu?
Kerana kini aku ibarat orang asing dalam hidup dan hatinya.
Aku hanya ingin bebas, bebas dari rasa cinta ini.  kerana aku mengerti hati dia bukan milikku lagi. Aku merelakan dia tuk terbang tinggi,pergi menjauh andai itu mampu membuat dia tersenyum.
Kasihku bukan hanya sekadar cinta, pengorbananku  bukan hanya sekadar ikhlas
tapi..sisa waktu ini telah aku lewati tuk melihat dia sentiasa bahagia.
Kini aku hanya ingin pergi, bebas dari perasaan cinta jadi telah aku lepaskan semuanya pergi dan usah kembali menghantui hidupku lagi

True Love


True Love...
Cinta sejati itu sukar untuk di temui. Seperti mencari sebutir mutiara di dasar lautan yang luas dan dalam. Bukan senang untuk kita temui kerana ia terlalu bernilai dan berharga dan tidak semua orang mampu memilikinya dengan mudah.
Cinta itu mampu menghidupkan hati yang mati
Cinta itu mampu menghadirkan keceriaan di wajah
Cinta itu mampu membahagiakan seseorang
Cinta itu adalah anugerah yang terindah
Cinta itu hadir bagaikan cahaya matahari yang menerangi bumi.
Di saat turunnya hujan.. ia menyuburkan kembali pokok yang tandus dengan daun-daun meskipun kehadiran musim luruh membuatkan daun-daun itu ditiup oleh angin tetapi hujan sentiasa ada untuk menghidupkan keceriaan pokok itu kembali.. sama seperti cinta sejati sentiasa ada untuk memberikan kebahagiaan walaupun pelbagai dugaan yang datang namun semua itu tidak mampu memusnahkan cinta dan kasih sayang ini kerana hatinya tulus dalam mencintai.
Hati mula terdetik, adakah ini cinta yang ku tunggu?
Di saat cinta itu hadir,ia memberi kekuatan untuk pertahankan hidup ini dengan cinta yang di sulami dengan ketulusan dan keikhlasan.
Tetapi di saat cinta itu pergi, hidup ini terasa kosong malah sebahagian dari jiwa ini turut pergi terbang bersama entah kemana.
Cinta yang hadir itu perlu di hargai,kerana setiap detik manisnya perhubungan itu merupakan detik kenangan yang terindah dan yang akan di rindui.
Sentiasa ada waktu yang akan menentukan segala jalan cerita kita.
Sentiasa ada hati yang akan menanti kehadiran cinta sejati.

Melupakan

Mungkin..
dia sudah menemui cinta hatinya
Mungkin..
dia sudah bahagia dengan pilihan hatinya

Aku tidak pernah mencintai seseorang seperti aku mencintai dia, bila dekat denganya aku terasa sesuatu yang lain yang tidak pernah aku rasakan.

Tetapi itu dulu, sekarang aku perlu melupakanya dan teruskan kehidupanku seperti biasa tanpa dia.


Aku membiarkan dia pergi bukan kerana aku benci tetapi kerana aku terlalu mencintai dan menginginkan dia untuk bahagia bersama kekasih hatinya.


Hanya doa yang mampu aku titipkan walaupun aku tahu cinta yang telah pergi itu tak mungkin kembali lagi.

Terima kasih atas perhatian dan kebahagian yang telah kau berikan walaupun hanya seketika.

Dia

Setiap hari-hariku terasa indah dengan kehadirannya. Dia telah mengubah hati ini untuk belajar mencintai dengan tulus. Tetapi dia telah pergi dari rasa cinta ini. Melihat dia dari jauh saja sudah cukup buat aku tersenyum.


Jauh di sudut hati kebahagian dia adalah keinginanku meski aku tidak lagi menjadi pilihan dan berada di dalam hatinya.


Dia mungkin tidak tahu seberapa besar cinta,kasih dan sayang yang aku persembahkan namun semua itu ikhlas aku berikan tanpa berharap cinta itu akan kembali ke padaku.


Di dalam hatiku ada berjuta cerita yang ingin aku ceritakan kepadanya tetapi semuanya sudah terlambat dia pergi dari hidupku tanpa mengucapkan selamat tinggal.