Friday, 16 August 2019

Terbang Bebas


Terbang Bebas
Tiada yang memahami peritnya hati dan jiwa ini
menyebut namanya dalam mimpi tidurku
bayangan yang muncul membuat hatiku tersentak akan kehadirannya.
Hari demi hari, mimpi itu muncul di benak fikiranku seolah ia memanggilku tuk mengingat kembali dan tidak mahu melepaskan hati ini untuk pergi. Aku dibelenggu dengan rasa cinta ini.
Aku terperangkap dalam cinta yang akan membunuhku. Dia mengambil cinta itu lalu meninggalkan duka. Dia meracuni cinta ini hingga menjadi benci.
Ketika waktu berlalu, wajah itu ku tatap dan ku semai dalam hati. Semudah itu dia pergi meninggalkan aku dan tenggelam aku dalam sepi bagaikan orang hilang arah.
Haruskah aku kehilangan untuk sekian kalinya?
Haruskah aku melangkah pergi, dan tinggalkan segala kenangan yang lalu?
Kerana kini aku ibarat orang asing dalam hidup dan hatinya.
Aku hanya ingin bebas, bebas dari rasa cinta ini.  kerana aku mengerti hati dia bukan milikku lagi. Aku merelakan dia tuk terbang tinggi,pergi menjauh andai itu mampu membuat dia tersenyum.
Kasihku bukan hanya sekadar cinta, pengorbananku  bukan hanya sekadar ikhlas
tapi..sisa waktu ini telah aku lewati tuk melihat dia sentiasa bahagia.
Kini aku hanya ingin pergi, bebas dari perasaan cinta jadi telah aku lepaskan semuanya pergi dan usah kembali menghantui hidupku lagi

No comments:

Post a Comment